Wednesday, December 24, 2008

REZEKI PEMBERIAN ALLAH

aku tahu betapa besarnya dosa ini bila aku tak dapat melakukan sholat satu waktu pada hari aku bekerja, walaupun bekerja itu ibadah mencari rezeki ALLAH. berdosa aku, aku tahu sholat yang di perintah ALLAH bagi hambanya tidak ada compromi untok melakukan nya.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


dari itu aku berazam untok tidak bekerja pada hari jumaat seberapa daya yang aku boleh. pada hari tersebut (jumaat) itulah aku dapat melakukan lima waktu INSYA'ALLAH. aku telah dapat melakukan azam ini sebanyak dua kali (ALHAMDULILLAH aku ucap shukor pada ALLAH yang menjadikan aku).

aku dapat merasai kebesaran ALLAH dengan rasa takutnya. aku takut ponteng kerja sekarang kerana aku tahu bila aku ponteng kerja dengan tiada alasan yang kukuh, bermakna aku menolak rezeki pemberian ALLAH.takut aku pada kemurkaan ALLAH.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

INSYA'ALLAH aku akan cuba melakukan lima waktu dalam sehari. (dengan IZIN ALLAH)

Friday, December 19, 2008

TANDA TANDA KEBESARAN ALLAH

"siapa yang di kehendaki baik oleh ALLAH S.W.T. maka ALLAH akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum hukum agama dan akan di ilhamkan NYA petunjuk di dalamnya"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

dari hari berganti hari sejak aku di RAHMAT ALLAH, aku dapat melihat tanda tanda KEBESARANNYA. melihat aku pada cakrawala ciptaanNYA yang biasa pada hamba hambaNYA yang dapat melihat.
dan sekarang, aku dapat melihat tanda tanda KEBESARANNYA dengan lebih jelas lagi.pabila aku menyebut ALLAH dengan lidah ini.aku menyebut ALLAH, akal aku berfikir aku mengingat ALLAH,terus berfikir lagi, ALLAH mengingatkan aku mengingatkan pada NYA.
berfikir aku lagi ALLAH mengingat kan aku... tidak kah ini bererti RAHMAT ALLAH kerana ALLAH sayangkan aku mengingatkanNYA.perkara sebegini membuat akal dan hati aku melihat tanda tanda kebesaranNYA.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

beberapa hari yang lepas aku mendengar ustaz di radio berceramah dia menyampaikan bahawa "RAHMAT ALLAH MELEBEHI KEMURKAAN NYA",mengingatkan aku betapa benar akan FIRMAN INI DAN JUGA SABDA RASULULLAH (SAW)YANG DI ATAS.yang aku selalu mengingatkan diri ini betapa beruntong nya aku mendapat RAHMAT ALLAH.

Tuesday, December 16, 2008

AKU MANUSIA

aku yang bernama manusia tak luput dari dosa setiap saat. aku sentiasa bertanya kenapa kenapa kenapa pada diri ini dan kepada ALLAH MAHA PENCIPTA. aku lihat diri ini ketika aku mabuk arak, aku tanya diri ini adakah aku ini ahli neraka. berkali kali peristiwa ini berulang. aku sujud melakukan fardhu yang wajib, tapi buat seketika sahaja. fikir aku lagi, aku ini sememangnya ahli neraka kerana aku mabuk arak lagi.
AN NISAA 17...18

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG. aku di RAHMAT ALLAH, aku tonton ceramah dakwah oleh ustaz ustaz yang menyampaikan FIRMAN ALLAH DAN HADITH RASULULLAH (SAW). mendengar hujah mereka, akal aku mula merasai nikmat mencari (hujah2).
kali ini aku mengerjakan waktu solat, dapat aku dua atau tiga dan kadang kala empat waktu solat tiap hari. sehinggalah ke hari ini tanggal 16th december 2008 (alhamdulillah aku ucapkan shukur pada ALLAH yang memberikan RAHMATNYA pada aku).
sewaktu aku mencari cari hujah ustaz yang berceramah dan sedang berfikir, akal ini tetiba tertanya kenapa tidak aku lafaz kan taubat.yang pertama nikmat aku rasakan ia lah (aku lafaz taubat pada ALLAH) TIAP SAAT BILAMANA AKU KELALAIAN.